Full width home advertisement

Travel the world

Climb the mountains

Post Page Advertisement [Top]



Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkawinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Indonesia yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkawinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunah, kerana tidak mau penyesalan berlaku setelah berumah tangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.

Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik (melihat tunang) dan meminang:

"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkawin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak (kata lelaki itu kepada Rasullullah). Pergilah melihatnya supaya perkawinan kamu terjamin kekal." (H.R Tarmidzi dan Imam Nasai)


Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:

"Daripada Ibnu Umar RA bahwa Rasullullah SAW telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia (membuat ketetapan untuk) memutuskannya". (H.R Bukhari dan Muslim)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Komentar baik menunjukkan pribadimu !

Bottom Ad [Post Page]